Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Ibu Sembelih 3 Anaknya yang masih kecil dipercayai sakit hati dengan bekas suami

Ibu Sembelih 3 Anaknya yang masih kecil dipercayai sakit hati dengan bekas suami


Seorang wanita berusia 35 tahun tergamak mengelar leher 3 anaknya sehingga 1 daripadanya maut dan 2 lagi dikejarkan ke hospital. 


"Ketika pintu dibuka kami dapati seorang mangsa (7 tahun) sudah terbaring tidak bernyawa dengan kesan kelar di lehernya" kata Ketua Polis, M.Yusuf


Yusuf berkata kedua mangsa lainnya masing-masing 10 tahun dan 5 tahun dalam keadaan kritikal dan sedang mendapatkan rawatan di hospital dengan kesan hirisan di bahagian anggotan badan lainnya selain daripada kesan kelar.


Berdasarkan hasil pemeriksaan, mangsa yang meninggal dunia terdapat luka sepanjang 12 cm dengan kedalaman 5 cm kesan daripada dikelar dengan objek tajam iaitu pisau pemotong daging. Jenazahnya dikebumikan di Sokawera,Desa Tanjung. 



Punca kejadian difahamkan suspek mempunyai masalah dengan bekas suaminya menyebabkan dia mengalami tekanan perasaan dan bertindak kejam terhadap anak-anaknya. Wanita itu bekerja sebagai jurumekap pengantin.

Post a Comment for "Ibu Sembelih 3 Anaknya yang masih kecil dipercayai sakit hati dengan bekas suami"