Jenazah Empat Beranak Selamat Dikebumikan
Jenazah Empat Beranak Selamat Dikebumikan
Semua mangsa dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Panchor, Pengkalan Chepa pada 9.50 pagi.
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan dengan kehadiran suami, Mohd Nazri Hamid, 44, ahli keluarga dan saudara mara.
Terdahulu, jenazah Raihan Mohamad, 43, dan tiga anaknya iaitu Ahda Dalili Mohd Nazri, 14; Ahmad Muaz, 7; dan Ahda Imtinan, 5, tiba pada 8.30 pagi.
Mereka kemudian disembahyangkan di Masjid As-Siddiqin, di sini, diimamkan oleh Mohd Nazri.
Dalam kejadian 2.30 petang semalam, keempat-empat mangsa meninggal dunia selepas kenderaan pelbagai guna dinaiki mereka dirempuh pacuan empat roda di Kilometer 2 Jalan Lebu ke Mempaga.
Mereka dalam perjalanan dari Gua Musang untuk menghadiri kenduri kahwin di Kuala Lumpur.
Raihan dan tiga anaknya meninggal dunia manakala suami Raihan, Mohd Nazri dan pemandu pacuan empat roda cedera.
Post a Comment for "Jenazah Empat Beranak Selamat Dikebumikan"