Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cikgu Zack Kirana Buat Laporan Polis Terhadap ‘Kaki Buli’ Siber

Cikgu Zack Kirana Buat Laporan Polis Terhadap ‘Kaki Buli’ Siber




Sebelum ini, nama, Cikgu Zack Kirana, mencuri tumpuan warganet gara-gara dia menegur kesalahan penggunaan perkataan ‘denyut’ dalam lirik lagu ‘Casablanca’. Berikutan daripada itu, beberapa orang individu turut tampil memberikan pendapat mereka berhubung penggunaan perkataan tersebut.


Terbaru, Cikgu Zack Kirana telah membuat laporan polis terhadap individu yang telah menghina dan mencercanya dengan kata-kata kesat di media sosial.


Sudah hilang sabar


Menurut Cikgu Zack, dia sudah hilang rasa sabar dengan individu yang menghina dirinya di media sosial. Berikutan daripada itu, dia terus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya. Tambah Cikgu Zack, perbuatan individu tersebut juga telah menjatuhkan maruahnya sebagai seorang pendidik dan pendukung bahasa Melayu.


Saya telah menyerahkan perkara ini kepada pihak polis untuk siasatan dan mengambil tindakan selanjutnya terhadap individu berkenaan.


Ujar Cikgu Zack lagi, dia tidak akan berdiam diri selepas ini.

Saya antibuli, lebih-lebih lagi buli siber. Malaysia ada undang-undang. Saya lawan!


Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menyokong tindakan yang diambil oleh Cikgu Zack. Tambah netizen, ‘kaki buli’ siber ini perlu diberikan pengajaran agar tidak mengulanginya pada masa hadapan.


Sumber: Zack Kirana

Post a Comment for "Cikgu Zack Kirana Buat Laporan Polis Terhadap ‘Kaki Buli’ Siber"