Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Baru semalam minyak paket terjun ke laut, kini pula ikan sardin terjun ke darat

Baru semalam minyak paket terjun ke laut, kini pula ikan sardin terjun ke darat


Tular sebuah video oleh beberapa laman media sosial antaranya Facebook yang dimuat naik oleh @majeliskopi08.id, menunjukkan ratusan minyak masak peket yang terapung di dalam laut.


Bahkan, minyak-minyak peket itu juga kelihatan menutupi sebahagian permukaan laut di situ. 


Menerusi video tersebut juga yang mula tular di media sosial sejak semalam, kelihatan seorang lelaki yang mengunakan pelampung berwarna jingga berusaha mengutip minyak masak tersebut.


Manakala, dua orang lagi individu lain yang berada di atas kapal menyambut minyak-minyak itu dari atas dan memindahkan semua minyak-minyak tersebut ke dalam kapal. 


“Proses memindahkan minyak masak. Beribu-ribu minyak masak peket tumpah ke dalam laut dan kelihatan anak-anak kapal sedang cuba untuk memindahkannya ke dalam kapal. 


“Lokasi, waktu kejadian dan punca ia berlaku masih tidak dapat dikenal pasti,” tulis di ruangan kapsyen milik laman Instagram tersebut. 


Sebuah lori membawa muatan sardin dilapor terbalik di Lebuhraya Utara Selatan dekat Kuala Kangsar yang menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas.


Menurut Sinar Harian, kejadian berkenaan yang dipercayai berlaku kira-kira 1 petang di Kilometer 265.9 itu menyebabkan trafik terhenti lebih tiga kilometer selepas semua laluan terhalang.


Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, kejadian itu menyebabkan lori terbabit terbalik dan merintangi laluan dengan muatan yang dibawa bertaburan di atas jalan.


“Laluan berkenaan telah ditutup sepenuhnya dan kenderaan dari arah utara telah dilencongkan keluar Plaza Tol Kuala Kangsar bagi memudahkan kerja-kerja pengalihan dilakukan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.


Anggota polis juga turut digerakkan ke lokasi kejadian bagi membantu aliran trafik untuk mengelakkan berlakunya kesesakan yang lebih teruk.


Twitter @Plustrafik dalam tweet terbarunya pada 1.24 petang memaklumkan bahawa laluan telah dibuka semula di Kilometer 267.0 hinggan 265.1 arah utara bagi mengurangkan kesesakan.


Lori Sardin Terbalik
Gambar via Bernama


Bagaimanapun, aliran trafik dilaporkan masih bergerak dengan perlahan dan pengguna juga diminta untuk mematuhi papan tanda.


Video berkenaan kejadian itu turut menjadi viral di media sosial yang menunjukkan ribuan tin dan isi ikan sardin bertaburan di atas jalan. Keadaan permukaan jalan juga kelihatan bertukar menjadi wana merah, dipercayai akibat cairan sardin dalam tin yang tumpah.

Sumber: Sinar Harian, Bernama

Post a Comment for "Baru semalam minyak paket terjun ke laut, kini pula ikan sardin terjun ke darat"