Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Budak Maut, Tertindih Fon Tengah Cas Masa Tidur, Dada Ada Kesan Terbakar Dipercayai Fon ‘Meletup’

Budak Maut, Tertindih Fon Tengah Cas Masa Tidur, Dada Ada Kesan Terbakar Dipercayai Fon ‘Meletup’

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima 9 tahun dilaporkan maut di rumahnya di Sungai Petani, Kedah Khamis lalu. Mangsa dipercayai maut berpunca dari letupan telefon bimbit milik ibunya. 


Menurut Ketua Kampung, kejadian berlaku sebaik sahaja mangsa pulang dari sekolah sekitar jam 2 petang. Ketika itu, ibu mangsa mengajaknya makan sebelum dia keluar rumah untuk membeli makanan untuk mangsa. 


Dia mendakwa, mangsa terus bermain dengan telefon bimbit yang masih bersambung dengan pengecas sebaik sahaja ibunya keluar. Ketika pulang dari membeli makanan, ibu mangsa mendapati korban sudah tidak bernyawa dan berada dalam posisi terbaring. 


Menurutnya lagi, mangsa dipercayai tertidur semasa bermain telefon itu melihat dari posisi telefon yang masih berada pada dada mangsa. Telefon bimbit itu diduga ‘meletup’ melihat daripada luka terbakar pada dada mangsa. 


Sementara itu, menurut ibu mangsa, pengecas telefon bimbit tersebut masih berada dalam keadaan elok dan disambungkan pada plug, namun tidak ada kesan terbakar pada kedua-dua bahagian plug dan kabel. 

Post a Comment for "Budak Maut, Tertindih Fon Tengah Cas Masa Tidur, Dada Ada Kesan Terbakar Dipercayai Fon ‘Meletup’"