Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

“Ingatkan Dah Insaf, Memang Sekarang Trend Bercinta Dengan Suami Orang Eh?” – Fizi Ali.

“Ingatkan Dah Insaf, Memang Sekarang Trend Bercinta Dengan Suami Orang Eh?” – Fizi Ali.


Perkongsian penyampai radio, Fizi Ali di ruangan Instagram Story miliknya mengenai ‘bercinta dengan suami orang’ serta ‘perampas’ mencetuskan tanda tanya.


Tidak menyebut sebarang nama, Fizi memuat naik dua hantaran berasingan di ruangan terbabit.


“Memang sekarang trend bercinta dengan suami orang eh? Takutnya,” tulis Fizi.


 

Di hantaran seterusnya, Fizi turut bercakap mengenai topik ‘perampas’.


“Ingatkan dah insaf. Sambung balik tu. Hish, tahniah la si perampas, sesuai la dedua tu perampas,” tulis Fizi lagi.


Sebelum ini, sekitar pertengahan Jun, Fizi pernah meluahkan rasa marah terhadap bekas isterinya, pelakon Shakilla Khoriri menerusi ruangan sama.



Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan bercerai selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.


Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nurul Ameena Sofia pada 2019.


“Aku Tak Nak Buka Mulut Sebab Nak Jaga Aib Kau! Hidup Aku Jahanam… Sebab Kau!” – Fizi Ali



Pengacara dan penyampai radio, Fizi Ali meluahkan perasaan marah terhadap bekas isterinya, aktres Shakilla Khoriri menerusi muat naik di ruangan Instagram Story sebentar tadi.


Biarpun tidak menyebut nama Shakilla dalam hantaran terbabit, Fizi mengakui dia hampir hilang sabar terhadap ibu kepada anaknya.


“Aku hormat sebelum ni sebab kau tu mak kepada anak aku dan kita pernah bersama. Aku tak nak buka mulut sebab aku nak jaga aib kau. Kau dah makin lama makin melampau. Sabar ada tahapnya…. Aku rasa makin lama makin nipis ni,” tulis Fizi.



Lelaki berusia 33 tahun ini juga mengakui hidupnya sudah musnah kerana Shakilla.


“Hidup aku dah jahanam sekarang aku hilang semua benda.… Semua sebab kau! kau tak sedar lagi ke hah? Sekarang kau saja nak cari pasal lagi dengan aku,” tulisnya lagi.


Sebelum itu, Fizi berkongsi mengenai tahap kesabarannya yang hampir hilang.


“Sabar itu ada tahapnya. Jangan bagi sampai tahap kesabaran tu hilang!” tulisnya.


Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan bercerai selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.


Biodata Fizi Ali, Penyampai Radio Suria.FM - Azhan.co


Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nurul Ameena Sofia pada 2019.


Sumber : www.xtra.com.my

Post a Comment for "“Ingatkan Dah Insaf, Memang Sekarang Trend Bercinta Dengan Suami Orang Eh?” – Fizi Ali."