“lni ke netlzen bng4ng c4rut tak tentu pasal?”- Dikec4m Gara2 Tengklng Kanak2, Ini Respon Mas Idayu
“lni ke netlzen bng4ng c4rut tak tentu pasal?”- Dikec4m Gara2 Tengklng Kanak2, Ini Respon Mas Idayu
Tindakan penyanyi dangdut negara, Mas Idayu memarahi seorang peserta rancangan Ceria Popstar Xtra yang dikenali sebagai Dhiya malam tadi mendapat keceman wargamanya.
Mas Idayu yang bertindak selaku juri tetap rancangan itu menegur nyanyian Dhiya yang kurang menjadi dan melakukan banyak kesalahan dalam nyanyian.
“Awak menari tadi semuanya ok, tapi ini pentas nyanyian!
“Awak kena menyanyi, jangan sesuka hati nak buat perkara lain sehingga nyanyian awak rosak!” tegas Mas Idayu.
Klip yang dimuat naik di akuan Tiktok rasmi Meletop itu telah dibanjiri komen wargamaya yang mengecam tindakan penyanyi itu.
“Kenapa Mas Idayu yang jadi juri ceria popstar ni, tak sesuai lah.
“Tak sesuai nak marah-marah maacm tu pada budak-budak.
“Mas Idayu harus lebih profesional, boleh tegur tetapi jangan sehingga menengking.
“Aku boleh faham perasaan budak tu bila kena marah depan orang ramai,” antara komen wargamaya.
Namun, perkara yang sebenarnya bukan seperti yang diperkatakan, video yang dimuat naik itu hanyalah sebahagian dari lakonan yang dirancang oleh produksi dan tidak menggambarkan situasi sebenar di atas pentas.
Namun dengan sikap profesional, Mas idayu tidak melenting sebaliknya memuji bakat lakonan Dhiya menerusi satu hantaran di Instagramnya.
“Ni ke yang netizen bengang sangat sampai carut tak tentu pasal.
“Ala pecah lubang, heheh pandai dia berlakon. Cepat je dia menangis hahah,” tulis Idayu pada kapsyen.
Dalam klip pendek yang tular di media sosial itu, Mas Idayu berdiri sambil memarahi Dhiya yang mengabaikan soal vokal berbanding tarian dalam lagu Teman (Iman Troye).
Dhiya tidak semena-mena terus menitiskan air mata sejurus ditengking oleh Mas Idayu.
Konsert Ceria Popstar Xtra 2022 membuka tirainya secara rasmi pada Rabu lalu dengan menyaksikan seramai 10 bakat cilik yang bertanding merebut gelaran juara.
Selain Mas Idayu, dua lagi juri tetap iaitu Johan bersama CX akan mengadili peserta selama 10 minggu. Manakala Nabil Ahmad dan Elly Mazlien memikul tugas selaku pengacara utama rancangan.
Untuk lihat kejadian sebenar, sila lihat video dibawah..
Mas Idayu dikecam kerana marah peserta cilik
Penyanyi, Mas Idayu yang ditugaskan menjadi juri tetap dalam sebuah program realiti nyanyian kanak-kanak iaitu Ceria Popstar Xtra menerima pelbagai kecaman daripada warganet apabila tular satu klip video memaparkan dia memarahi salah seorang peserta dikenali sebagai Dhiyaa.
Bagaimanapun, video ringkas yang dimuatnaik itu hanyalah lakonan mereka sahaja dan tidak menggambarkan situasi sebenar di atas pentas.
Disebabkan itu, berlaku salah faham dalam kalangan warganet sehingga mengundang pelbagai kecaman dan komen negatif.
Disebalik klip video itu, Nabil Ahmad yang juga pengacara program memberi cabaran kepada Zizan Razak dan Dhiyaa untuk cuba mengeluarkan air mata. Jadi, Dhiyaa mahukan seseorang untuk memarahinya supaya dapat menyelesaikan cabaran itu.
Kemudian, Nabil meminta Mas Idayu untuk berlakon dengan memarahi Dhiyaa, maka terjadilah adegan sebagaimana yang dapat disaksikan dalam klip video itu.
Biarpun dilihat tegang ketika itu, Mas Idayu yang mesra disapa Mummy itu mempamerkan sikap kasih sayangnya apabila dia terus berjalan menuju Dhiyaa dan memeluknya.
Selepas Mas Idayu memuatnaik video keseluruhan kejadian di laman sosial miliknya, kebanyakan warganet dilihat bersimpati di atas apa yang berlaku kepada penyanyi lagu Cintaku 100% itu. Tidak kurang juga ada yang memberikan kata-kata semangat kepadanya untuk terus kuat.
“Kesian Mummy, mereka tak tengok pun. Setakat tengok video pendek tapi tak tahu hujung pangkal terus kecam,” kata Lindaliaslanm
“Sangat-sangat sedih bila baca orang kecam Mummy,” kata Shazlynnshah.
“Tak apa Mummy dapat pahal ‘free’,” kata Aniffzaffrizul.
Namun, dengan pengalaman 31 tahunnya dalam industri seni tanah air dia sama sekali tidak ambil peduli dengan sebarang kecaman itu, sebaliknya terus positif dalam menghadapinya.
“Sangat bagus adik ni pandai dia berlakon cepat dia nangis, semoga berjaya sayang,” kata Mas Idayu yang dilihat tenang dan kekal positif.
Sumber: Gempak
Post a Comment for "“lni ke netlzen bng4ng c4rut tak tentu pasal?”- Dikec4m Gara2 Tengklng Kanak2, Ini Respon Mas Idayu"