Disyaki nak merompak, wanita ini menangis setelah tahu apa sebenar mahu lelaki kumuh ini
Disyaki nak merompak, wanita ini menangis setelah tahu apa sebenar mahu lelaki kumuh ini
Tadi aku ke speedmart nak beli pasir kucing. Parking takde aku parked blocked kereta orang. Jangan tiru aksi ini ya puan puan semua. Aku nak cepat! Aku tak biasa keluar petang tapi sebab emergency aku terpaksa keluar.
Masa aku keluar kereta aku terserempak dengan lelaki ini. Resah aku tengok. Eh dia ni rapat sangat dengan aku dengan basikal dia ape hal?. Macam nak rompak aku je. Berkata hati jahat aku.😏padahal dia cuma nak lalu je
Aku pun gerak terus masuk speedmart. Lepas tanya pekerja speedmart mana pasir yang aku nak, aku terus ke lorong belakang. Masa on the way ke belakang aku nampk lelaki tadi ade depan cashier. Duk tengok kiri kanan. Sudah! Mamat ni apa ni. Nak rompak ke. Aku cuak habis. Aku perhati dia, sambil acah acah aku pilih barang. Aku terdengar dia cakap dengan cashier dengan nada perlahan. Tapi sangat jelas kat telinga aku. Di tangannya aku ternampak dia pegang ATM kad
“Dik, abang nak tanya, abang nak beli maggie dengan beras, kalau kata duit abang dalam kad ni tak cukup, boleh tak adik cancel salah satu”
Berderau darah aku!😭😭 koyak pecah teruk hati aku bila dengar. Ya Allah orang yang aku sangka macam perompak rupanye tengah struggled.
“Boleh bang. Kejap lagi saya check kan untuk abg” - balas cashier
Settled aku ambil barang yang aku nak aku terus ke cashier.
“Dik abg tadi punye barang takpe akak bayarkan”
Cashier agak keliru tetapi dia angguk saja
“Ok kak”
Lelaki tadi datang letak sebungkus maggie dan beras 5 kilo.
“Encik, saya dah bayar semua. Ada nak ambil apa apa lagi. Susu anak ada?” - terhambur ayat tu dari mulut aku. Masa tu aku tak berani tenung muka dia sebab aku bersalah nak mati. Cuma sejeling aku nampak mata dia berkaca. Mungkin terharu
“Ya Allah kak. Terima kasih. Ini dah cukup” dalam keadaan menunduk-nunduk kan kepala berkali kali ucap terima kasih
“Moga murah rezeki encik” - balas aku dan terus blah
Masuk kereta. Menitis air mata. Bersalah ya Allah betapa tak husnudzon je aku tadi😭. Masa nak reverse kereta aku nampk dia di basikalnya mengikat bungkusan beli tadi. Nampk muka macam sedikit gembira. Dia tak perasan aku dalam kereta sebab kereta aku cermin gelap.
Aku tulis ni bukan nak tunjuk aku belanja dia. Tapi aku nak ingatkan diri aku bahawa sesusah susah aku ada lagi yang menderita. Aku makan sedap hari-hari. Dia beli beras dan maggie pun berkira kira. Kalau tak kerana aku blocked kereta orang tadi dan rushing nak alih, aku suruh dia ambil sardin minyak telur. Tapi Allah takdirkan itu saja bahagian dia dari aku hari ini.
Jika kita ke pasaraya lihat lah kiri kanan. Mungkin ada yang memerlukan. Allah tarbiahkan aku pelajaran hebat hari ini. Padan dengan muka aku.
Sampai sekarang aku bersalah sebab ingat dia perompak. Allah!😭😭
Sumber: FB Lini Mohd
Post a Comment for "Disyaki nak merompak, wanita ini menangis setelah tahu apa sebenar mahu lelaki kumuh ini"