“Jaga Aib Suami Awak..”- Neelofa Komen Pasal Isu Saman Ira Kazar, Sekali Ini Jwapan Puteri Sarah
“Jaga Aib Suami Awak..”- Neelofa Komen Pasal Isu Saman Ira Kazar, Sekali Ini Jwapan Puteri Sarah
Pelakon, Puteri Sarah Liyana, 37, memfailkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap wanita yang didakwa kekasih kepada suaminya, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar.
Puteri Sarah ketika ditemui di perkarangan pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sini, berkata, selepas hampir empat tahun menahan sabar dan menanggung derita, dia akhirnya bertekad untuk mengambil tindakan undang-undang.
“Selepas saya pulang dari menunaikan umrah Mei lalu, saya nampak jelas dengan apa yang saya nak buat dan membulatkan tekad.
“Jadi sebelum saya menunaikan umrah saya sudah memberikan segala maklumat kepada peguam dan sepanjang tempoh sebulan di luar negara mereka sudah siapkan dan mengkaji semuanya. Selepas saya balik umrah, terus kami membuat perbincangan dan mengambil tindakan saman,” katanya.
Puteri Sarah berkata, tujuan dia membuat tindakan itu adalah untuk mempertahankan maruahnya yang sudah tercalar dan sekian lama didiamkan.
“Isu ini tidak akan berlarutan kalau saya tidak diganggu pihak ketiga yang terus mencabar. Sebelum ini saya ada kongsi di Instagram terdapat pihak yang mencabar saya dengan menyatakan bila saya nak menyaman dan meminta peguam saya untuk membuat tindakan segera. Jadi kami sudah failkan dua saman,” katanya.
Menurut Puteri Sarah, selain menuntut keadilan, dia juga mahu menyelamatkan rumah tangganya dan memperjuangkan haknya sebagai wanita teraniaya.
“Sebelum membuat keputusan ini, saya berfikir panjang mengenai apa yang akan berlaku kepada saya, perkahwinan dan keluarga. Namun, saya buat semua ini untuk diri saya dan keluarga. Sampai bila saya nak kena pijak macam ini? Malah ramai juga wanita yang teraniaya yang menghantar mesej peribadi bertanyakan nasihat. Sekarang saya sudah bukakan jalan kepada mereka dan insya-Allah selepas ini siapa yang mahu ‘menyondol’ itu, mungkin lebih berhati-hati.
“Saya buat semua ini demi memperjuangkan perkahwinan dan hak saya. Sudah ambil orang punya, duduk diam-diam. Jangan ambil orang punya, kemudian nak canang sana-sini selepas itu kacau keluarga dan orang sekeliling,” katanya.
Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubungi Ira untuk mendapatkan penjelasan terperinci mengenai perkara itu tidak berjaya apabila panggilan dan mesej tidak dibalas.
Sebelum ini, rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah didakwa dilanda masalah disebabkan kehadiran orang ketiga.
“Jaga A1b Suami…” – Neelofa Komen Isu Sam4n, Sekali Ini Reaksi Balas Puteri Sarah
Tindakan sam4n yang dibuat pelakon Puteri Sarah terhadap individu ketiga yang did4kwa mengg4nggunya berhubung isu rumah tangga mendapat reaksi pelbagai netizen.
Tidak terkecuali, rakan artis turut men1ngg4lkan komen susulan isu berkenaan.
Hos dan usahawan popular, Neelofa Mohd Noor misalnya, turut memberikan kata-kata semangat kepada rakan artisnya itu dalam menempuh uj1an.
“Kita banyak berborak tentang perkara ini. Sampai satu tahap, saya dah tak tahu nak kongsi nasihat apa lagi sebab terlalu teruk pihak ketiga bvli awak.
“Ketika itu orang ramai masih belum tahu lagi. Saya sendiri tak sanggup nak hadam, apa lagi awak yang kena laluinya.
“Memang awak seorang yang terlalu sabar dan kuat. Satu perkara yang membuatkan saya amat terk3$an, dengan segala apa yang terjadi, awak sangatlah mahu menjaga rumah tangga, jaga a1b suami awak. Awak banyak meng4lah.
“Moga Allah gantikan segala k3$4k1tan, kepedihan, setiap air mata awak yang mengalir kepada kebahagian yang berterusan. Amin,” tulis Neelofa.
Neelofa menitipkan kata-kata itu menerusi ruangan komen dalam entri video penjelasan yang dimuat naik Puteri Sarah di laman Instagramnya.
KOMEN BALAS PUTERI SARAH
Ibu kepada dua cahaya mata kemudiannya membalas komen itu dengan berterima kasih kepada Neelofa kerana selama ini menjadi tempat dia meluahkan perasaan.
“Selama ini saya menangis dekat awak. Akhirnya… terima kasih kerana ajarkan saya segala doa-doa,” balas Sarah.
Terdahulu, Sarah telah memfailkan dua sam4n terhadap orang ketiga yang mengg4nggu rumah tangganya. Menurut Sarah, perkara itu telah berlarutan sejak empat tahun lalu.
Sarah berkahwin dengan pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3 tahun.
Sumber: jutawan.com
Post a Comment for "“Jaga Aib Suami Awak..”- Neelofa Komen Pasal Isu Saman Ira Kazar, Sekali Ini Jwapan Puteri Sarah"