Kejadian pukul 1.08 petang tadi, pekerja melecur 50 peratus, stor kedai Mr. DIY terbakar
Kejadian pukul 1.08 petang tadi, pekerja melecur 50 peratus, stor kedai Mr. DIY terbakar
SEORANG pekerja melecur 50 peratus pada anggota badan selepas stor simpanan barang, kedai Mr. DIY di Jalan Reko, Kajang, terbakar sebentar tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan membabitkan kejadian pada pukul 1.08 petang.
Sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, Bangi dan Semenyih telah dikejarkan ke lokasi kejadian.
Katanya, bomba tiba di lokasi lima minit kemudian dan mendapati stor kedai terbabit mengalami kebakaran hampir 40 peratus.
“Seorang mangsa berusia 35 tahun dibawa keluar oleh pihak bomba dan dilaporkan dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, mangsa yang melecur di bahagian kepala dan badan telah dikejarkan ke Hospital Kajang bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Jelansya, api berjaya dikawal oleh bomba pada pukul 1.32 petang.
Sumber: IBS
Post a Comment for "Kejadian pukul 1.08 petang tadi, pekerja melecur 50 peratus, stor kedai Mr. DIY terbakar"