Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

“Kroni masjid bolot habis..bukan nak meminta tapi agak2lah..” Org kampung ni akhirnya dedah kenapa ramai bosan nak lapah daging korban

“Kroni masjid bolot habis..bukan nak meminta tapi agak2lah..” Org kampung ni akhirnya dedah kenapa ramai bosan nak lapah daging korban


DI sebalik kemeriahan sambutan Hari Raya Aidiladha, seorang pelayar Twitter berkongsi kisah kurang enak mengenai ibadah korban yang dijalankan di negara ini. Menerusi satu ciapan yang dibuat pada Isnin pagi, lelaki dikenali sebagai Khairul Azri mendakwa wujud kes agihan daging korban yang dibuat secara tidak adil.


“Nak tahu susah ke tidak pegang amanah ni, boleh jemput turun aktiviti time korban, scene sorok ekor lembu masuk dalam plastik, berebut kepala lembu, tulang gearbox letak tepi, timbang lebihkan Ahli Jawatan Kuasa (baca kroni) tu benda biasa.



“Betul semalam ada yang bawa lari kaki lembu,” tulis beberapa netizen.


Nak tahu susah ke tidak pegang amanah ni, boleh jemput turun aktiviti time korban. Selain itu, beberapa netizen berkata mereka serik untuk melakukan ibadah korban yang diselia pihak masjid atau surau.


“Agree! Disebabkan itulah aku and family kalau nak buat korban, tumbangkan dekat rumah sendiri. Tak masuk yang masjid punya or letak masjid.


“Malam kelmarin lepas takbir, ketua korban taman aku dah warning awal-awal pasal isu ni. Siap pesan, nawaitu korban dan sedekah kena ikhlas dari hati, bukan niat ikut perut tekak sendiri. Ada dalam kalangan netizen menolak untuk melakukan ibadah korban dengan pihak masjid.


“So true! Belum masuk bab bagi pandangan sinis pada volunteers yang jarang-jarang datang surau atau masjid. Macamlah dia regular datang surau dan masjid tu dijanjikan syurga tanpa hisab dah!


“Kakaka betul. Kampung aku tahun ni penduduk serik dah buat korban dengan masjid. Masing-masing yang mampu buat sendiri dan agih sendiri.


“Betul sangat. Saya prefer buat korban sendiri dari join surau. Puas hati,” tulis beberapa netizen lagi.


Untuk rekod, umat Islam di Malaysia meraikan Aidiladha pada Ahad, 10 Julai 2022.


Sumber : m star via http://cikguain.com

Post a Comment for "“Kroni masjid bolot habis..bukan nak meminta tapi agak2lah..” Org kampung ni akhirnya dedah kenapa ramai bosan nak lapah daging korban"