Wanita buka baju yang menghina Islam mengaku tidak bersalah.
Wanita buka baju yang menghina Islam mengaku tidak bersalah.
Wanita buka baju yang didakwa menghina Islam ketika persembahan komedi baru-baru ini mengaku tidak bersalah.
Hakim menetapkan wang jaminan RM20,000 serta dilarang memuat naik sebarang kenyataan di media sosial.
Tertuduh juga perlu melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields pada 15 Ogos dan pasport diserahkan kepada mahkamah.
Sumber: mStar Online.
Kelab komedi tiada lesen hiburan
Sebuah kelab di Kuala Lumpur yang digantung sementara operasinya oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) didapati tidak mempunyai lesen hiburan selaras dengan Seksyen 17 Akta Hiburan 1992.
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, pemilik premis itu hanya diberikan lesen restoran dan minuman keras tetapi tiada lesen hiburan.
"Pemilik kelab memohon lesen hiburan tetapi tidak diluluskan kerana dalam lesen hiburan terdapat beberapa syarat tertentu dikenakan sebagai contoh laporan bomba, syarat aktiviti hiburan yang hendak diadakan, kita tidak boleh beri persetujuan menyeluruh kepada setiap hiburan," katanya.
Sumber: Harian Metro
Post a Comment for "Wanita buka baju yang menghina Islam mengaku tidak bersalah."