Perkenal pilihan raya pecat wakil rakyat lompat parti
PETALING JAYA: Pilihan raya bagi memecat wakil rakyat atau ‘recall election’ perlu diadakan bagi menghalang mana-mana wakil rakyat daripada lompat parti demi kepentingan sendiri.
Cadangan itu dinyatakan Wan Junaidi Tuanku Jaafar dengan menjelaskan, mekanisme itu membolehkan setiap wakil rakyat yang dipilih terus berkhidmat demi rakyat sehingga akhir penggal dengan menggunakan parti yang sama mereka menangi sewaktu pilihan raya umum (PRU) sebelumnya.
Ia kemudian boleh meneruskan dengan pilihan raya kecil (PRK) di kawasan tersebut untuk memilih wakil rakyat baharu.
“Salah satu kaedah yang boleh diambil dalam Akta Mencegah Lompat Parti ialah memperkenal pilihan raya untuk memecat wakil rakyat (Recall Election).
“Recall Election adalah mekanisme yang membolehkan rakyat menarik balik mandat diberikan kepada wakil rakyat sekiranya mereka melompat parti dan pilihan raya kecil diadakan semula di kawasan tersebut untuk memilih wakil rakyat baharu,” katanya dalam laman sosial Facebook beliau hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai respon mengenai langkah pencegahan daripada wakil rakyat melompat parti kerana hak itu dipelihara di bawah Perkara 10, Perlembagaan Malaysia.
Namun begitu, jelas Azalina lagi, perbuatan tersebut mengganggu imbangan kuasa wakil rakyat (ahli Parlimen) di Dewan Rakyat yang membuat undang-undang, kelangsungan kerajaan dan Demokrasi Berparlimen.
Katanya, antara jenis lompat parti yang sering berlaku adalah tinggalkan parti politik atau dibuang dari parti tersebut, parti politik ityu diharamkan atau dibuang pendaftarannya, tidak ikut cakap atau arahan parti politik dan mengambil pendirian sendiri di dalam keputusan mengundi dalam Dewan Perundangan.
“Ibaratkan lompat katak yang sentiasa lompat tidak kira masa dan tempat, lompat parti wakil rakyat menjadikan politik kucar-kacir dan kepentingan rakyat diabaikan,” ujarnya lagi.
Post a Comment for "Perkenal pilihan raya pecat wakil rakyat lompat parti"