Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

"Tak tahu nak tiduk mana malam ni. Mungkin nak dirikan khemah je depan rumah roboh tu"

"Tak tahu nak tiduk mana malam ni. Mungkin nak dirikan khemah je depan rumah roboh tu"





 
 
 
 


PASIR SALAK: ‘Saya tak tahu nak cakap apa, tak mampu nak buat apa-apa, saya sangat sedih melihat rumah yang saya duduki selama 20 tahun akhirnya dirobohkan.’


Begitu luahan seorang peneroka tanah kerajaan yang diusahakan dengan tanaman kelapa sawit di Kampung Air Tenang, Tukang Sidin di sini, Mohamad Anuar Arshad, 56, apabila rumahnya yang didirikan di atas tanah tersebut dirobohkan semalam selepas tanah itu dipajak kepada sebuah syarikat.


Menurutnya, dia tidak mampu berbuat apa-apa untuk menghalang kerja meroboh rumahnya oleh syarikat yang memajak tanah tersebut dengan menggunakan jentera berat walaupun dia tidak bersetuju apabila tanah itu dipajak kepada sebuah syarikat.


Mohamad Anuar merupakan antara kumpulan penduduk yang meneroka tanah di kawasan itu yang dianggarkan keseluruhan seluas 62 ekar yang ditanam dengan kelapa sawit.


“Rumah yang saya bina dan duduki selama ini akhirnya dirobohkan. Memang rasa sedih, tak ada siapa yang datang semasa rumah ini dirobohkan, hanya anak yang memberi saya semangat agar bersabar dengan apa yang berlaku,” katanya kepada Utusan Malaysia.


Kerja meroboh rumah Mohamad Anuar dan dua lagi rumah anaknya yang berdekatan dijalankan semalam sambil dipantau oleh anggota polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).


Kehadiran anggota pasukan keselamatan di lokasi bertujuan memastikan kerja meroboh dijalankan dengan aman selepas pajakan tanah itu kepada sebuah syarikat dibantah oleh peneroka dan beberapa pihak lagi.


Antaranya, Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Hamidah Osman juga membantah tindakan memajak tanah itu.


Operasi merobohkan tiga buah rumah itu bermula pukul 12 tengah hari dan selesai pada pukul 2 petang sambil dipantau polis, anggota FRU dan wakil daripada syarikat yang membeli tanah tersebut.


Sepanjang operasi, polis membenarkan pemilik rumah mengeluarkan semua barang-barang dalam rumah termasuk perabot, dapur, tong gas, tilam bantal, pakaian dan sebagainya sebelum kerja-kerja meroboh rumah dijalankan.


Mohamad Anuar berkata, selepas rumahnya itu dirobohkan, dia tidak tahu hendak tinggal di mana kerana tidak mempunyai rumah lain.


“Mungkin saya akan mendirikan khemah di hadapan rumah yang telah di robohkan untuk sementara kerana itu tanah rizab sungai,” katanya.


Sebelum ini, tindakan memajak tanah itu dibantah penduduk kerana mereka telah mengusahakan tanah itu dengan tanaman kelapa sawit sejak lebih 20 tahun lalu.


Malah, Hamidah yang turun padang ke rumah Mohamad Anuar, mempertikaikan pajakan tanah itu kepada sebuah syarikat menyebabkan peneroka terpaksa keluar dari tanah itu. –

Post a Comment for ""Tak tahu nak tiduk mana malam ni. Mungkin nak dirikan khemah je depan rumah roboh tu""