INILAH KAKAK YANG NAIK HANTU BUNUH ADIK HANYA KERANA DIEJEK KALAH BEREBUT TEMPAT DUDUK, DIREMAN POLIS PAGI INI
INILAH KAKAK YANG NAIK HANTU BUNUH ADIK HANYA KERANA DIEJEK KALAH BEREBUT TEMPAT DUDUK, DIREMAN POLIS PAGI INI
Iskandar Puteri: Akibat berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah, seorang remaja lelaki maut dipercayai tertusuk pisau dibaling kakaknya di Kampung Ulu Pulai, Ulu Choh di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, polis menerima panggilan berhubung kejadian pada 2.15 petang.
Beliau berkata, hasil siasatan mendapati, kejadian berpunca daripada pergaduhan adik-beradik.
Menurutnya, ibu mangsa mendakwa mangsa berusia 16 tahun bergaduh dengan kakaknya berusia 18 tahun berikutan berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah.
Katanya, kakak mangsa mengaku membaling pisau ke arah mangsa selepas dipersenda ketika masuk ke dalam rumah.
"Suspek ditahan dan perintah tahan reman akan dipohon.
"Mangsa disahkan meninggal dunia pada 2.30 petang hari ini.
"Bedah siasat akan dijalankan esok di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan malam ini.
TERBAHARU‼️
#JohorBahru Remaja wanita 18 tahun dipercayai membaling pisau kepada adiknya sehingga maut, dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pagi ini bagi mendapat perintah reman.
📸 Hilmizudin Daud | BERNAMA
Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
Post a Comment for "INILAH KAKAK YANG NAIK HANTU BUNUH ADIK HANYA KERANA DIEJEK KALAH BEREBUT TEMPAT DUDUK, DIREMAN POLIS PAGI INI"