Masih Ingat Dengan Abang Viva, Yang Membantu Mangsa Banjir Dengan Berbekalkan RM50, Perodua Viva Dan Sebuah Bot? Kini Ia Dan Tunang Selamat Diijabkabulkan!
Masih Ingat Dengan Abang Viva, Yang Membantu Mangsa Banjir Dengan Berbekalkan RM50, Perodua Viva Dan Sebuah Bot? Kini Ia Dan Tunang Selamat Diijabkabulkan!
MELAKA - Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar, 30, telah selamat diijabkabulkan dengan tunangnya, Evanoza Zakaria di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di Ayer Keroh di sini, pada Jumaat lalu.
Berita gembira itu telah dikongsikan Azwan bersama orang ramai menerusi penstriman secara langsung pada malam Khamis namun disimpan sebagai tetapan peribadi.
Azwan berkata, tiada niat untuk menyembunyikan perkara baik itu namun memandangkan dia dan isteri mempunyai niat yang sama untuk melakukan kebajikan dia mengambil keputusan memaklumkan perkara itu bagi mengelakkan fitnah.
Katanya, pada awalnya dia merancang mendirikan rumah tangga dengan tunangnya yang dikenali ketika bersama menjalankan kerja-kerja sukarelwan pada Disember depan, namun faktor ramalan cuaca menjangkakan akan berlaku bencana Monsun Timur Laut di beberapa negeri.
"Jadi untuk bulan depan dan seterusnya lebih baik kami suami isteri berbincang dan bersiap sedia untuk menggerakkan sukarelawan di bawah Gerakan Kebajikan Abang V-V.
"Biarpun bertukar status namun misi bantuan ini tidak akan dilupakan malah lebih mudah saya dan isteri bergerak bersama menyalurkan bantuan dengan lebih bersemangat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Tambahnya, setakat ini mereka masih belum menetapkan tarikh resepsi bagi meraikan keluarga di kedua-dua pihak.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan Azwan yang berasal dari Melaka mendapat perhatian rakyat Malaysia kerana kesungguhannya membantu mangsa banjir dengan hanya berbekalkan RM50 dan menggunakan kereta jenis Perodua Viva serta sebuah bot.
Post a Comment for "Masih Ingat Dengan Abang Viva, Yang Membantu Mangsa Banjir Dengan Berbekalkan RM50, Perodua Viva Dan Sebuah Bot? Kini Ia Dan Tunang Selamat Diijabkabulkan!"