Selamat lahir melalui pmbdahn lepas ibu meninggal dalam kemlgn 4 hari lepas, tapi hari ni bayi tu meninggal duniaš
Selamat lahir melalui pmbdahn lepas ibu meninggal dalam kemlgn 4 hari lepas, tapi hari ni bayi tu meninggal duniaš
Alor Setar: Bayi lelaki yang berjaya diselamatkan menerusi pembedahan selepas ibunya meninggal dunia akibat kemalangan sewaktu mengelak ular melintas di Kilometer 29, Kampung Charuk Padang, Jalan Jeniang-Sik-Pedu Rabu lalu, akhirnya meninggal dunia hari ini.
Perkara itu disahkan datuknya, Mansor Adali, 51, yang memaklumkan jenazah bayi lelaki berusia empat hari itu akan dibawa ke rumahnya di Bandar Beris Jaya, di Sik hari ini.
Menurutnya, dia sempat menatap wajah cucunya itu yang diberi nama Muhammad Irfan Hidayat Afnan Aliff di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani selepas doktor mengesahkan bayi itu meninggal dunia sekitar 2 petang tadi.
"Saya sempat menatap wajah cucu yang sangat berseri walaupun sudah tidak bernyawa lagi dan doktor sudah berusaha untuk menyelamatkan nyawanya tetapi Allah lebih menyayanginya.
"Jasad cucu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Beris Jaya, sejurus selepas segala urusan di hospital selesai," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mansor berkata, mereka sekeluarga reda dengan pemergian anak dan cucunya walaupun sekelip mata.
Katanya, jenazah dijangka akan dikebumikan bersebelahan pusara ibunya, Nor Hidayah Abdullah, 27, yang meninggal dunia Rabu lalu.
Dalam kejadian 4.30 petang Rabu lalu, Nor Hidayah yang sarat mengandung anak kedua meninggal dunia selepas motosikal yang ditungganginya bersama remaja perempuannya berusia 16 tahun bergesel dengan sebuah kereta Perodua Axia yang dipandu seorang wanita di Kilometer 29, Kampung Charuk Padang, Jalan Jeniang-Sik-Pedu.
Mangsa dikatakan cuba mengelak ular melintas ketika kejadian menyebabkan dia terjatuh dan meninggal dunia di lokasi.
Bagaimanapun bayi dalam kandungan wanita itu berjaya diselamatkan menerusi pembedahan di Hospital Sik pada hari kejadian.
Namun bayi itu kemudian dibawa ke unit rawatan rapi neonatal (NICU) HSAH di Sungai Petani untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Harian Metro
Post a Comment for "Selamat lahir melalui pmbdahn lepas ibu meninggal dalam kemlgn 4 hari lepas, tapi hari ni bayi tu meninggal duniaš"